Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Tidak semestinya dengan pergi bercuti sahaja. Antara yang paling mudah di lakukan adalah aktiviti memasak bersama.
Semakin meningkatnya kos sara hidup, tugas mencari nafkah bukan lagi terletak di bahu para ayah sahaja. Sebaliknya kini, para ibu juga keluar bekerja dan menjalani kehidupan sebagai wanita bekerja. Kini, walaupun ramai antara kaum ibu yang memilih untuk menjalankan perniagaan online dari rumah, mereka tetap sibuk menguruskan pengeposan, pengambilan stok dan lain-lain lagi yang menyebabkan masa bersama anak-anak semakin berkurangan.
Anak-anak pula semakin mereka membesar, mereka semakin memerlukan perhatian dan bimbingan daripada ibubapa. Jadi ibubapa perlu peruntukkan masa berkualiti juga bersama anak-anak.
Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Tidak semestinya dengan pergi bercuti sahaja. Antara yang paling mudah di lakukan adalah aktiviti memasak bersama.
Jangan tidak tahu ye, walaupun memasak ini nampak seperti simple sahaja, namun ada banyak manfaatnya untuk anak-anak.
Jom kita tengok apa kebaikannya..
- Menambahkan keyakinan diri anak-anak – Anak-anak akan merasa mereka lebih dihargai apabila kita memberikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu anda. Contohnya suruh mereka bantu anda memotong sosej, goreng nasi, hiris timun dan lain-lain lagi dengan pantauan anda. Selepas itu jangan lupa berikan pujian.
- Melatih mereka kreatif berimaginasi – biarkan anak-anak hiaskan hidangan kita dengan citarasa mereka. walaupun tidak kemas, dengan pujian kita mereka pasti akan merasa bangga
- Melatih kemahiran matematik – Ini paling best. Mengajar sambil beraktiviti. Ajar mereka bagaimana untuk mengira sukatan tepung atau susu. Atau ajar mereka berapa kuantiti bahan yang diperlukan untuk sesuatu resipi.
- Melatih anak-anak berdikari – Kadang-kadang para ibu terlalu sibuk sehingga terlambat untuk sediakan makanan. Jadi sekiranya dari awal kita telah melatih mereka untuk ke dapur, maka tiada masalah untuk mereka menyediakan hidangan yang ringkas sementara menunggu anda memasak makanan berat yang lain.
- Mengukuhkan ikatan keluarga – Aktiviti apa sekali pun sekiranya dilakukan bersama, pasti akan mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga. Ingat, jangan sesekali terlalu marah dengan anak-anak sekiranya melakukan kesalahan. Tegur dengan baik. Percayalah mereka akan suka dengan apa yang mereka masak dan pasti tidak sabar lagi untuk masak dengan anda pada hari berikutnya
Walaubagaimanapun adalah menjadi kreativiti para ibu pula untuk memilih menu masakan yang mudah, tidak berbahaya dan menarik minat anak-anak.
Jangan susah hati, kami ada cadangan yang menarik untuk ada.
Bahan-bahan
- Gegulung Salmon ………………………….. 5 batang
- Sayur Salad ……………………………………. 5 keping
- Turtilla …………………………………………… 4 keping
- Lobak Merah …………………………………. 2 batang
- Mayonis …………………………………………. 1/2 mangkuk kecil
- Keju ………………………………………………… 5 keping
Cara Masakan
- Satu sudu kecil majerin dimasukkan ke dalam kuali yang panas
- Kepingan Turtilla dimasukkan ke dalam kuali dan masak sehingga garing
- Mayonis disapu ke atas kepingan Turtilla
- Lobak merah yang siap dipotong kecil secara memanjang aggaran 5cm disusun ke atas kepingan Turtilla tersebut
- Kepingan keju yang siap dipotong kecil secara memanjang aggaran 5cm disusun ke atas kepingan Turtilla dan lobak merah
- Sayur Salad disusun ke atas kepingan tersebut
- 1 batang Gegulung Salmon diletakkan ke atas kepingan tersebut dan gulungkan Turtilla bersama bahan-bahan yang lain
- Potong kepada 3 bahagian dan Salmon Roll Salad Cheese siap disediakan