Polisi Halal

Polisi Halal

• Sebagai tanggungjawab korporat kami kepada negara khususnya pengguna, adalah menjadi kewajipan kami untuk sentiasa prihatin terhadap keperluan pengguna dan masyarakat Malaysia amnya.

• Oleh itu, kami hanya mengeluarkan, menerima dan mengedarkan produk-produk yang telah disahkan Halal oleh  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

• Kami telah menubuhkan satu Jawatankuasa Halal Dalaman yang terdiri daripada Eksekutif Kanan yang beragama Islam dari pelbagai latar belakang bagi memantau dan memastikan setiap produk yang dihasilkan mematuhi Manual Prosedur Persijilan Halal Malaysia.

• Kami juga telah menubuhkan Jabatan Halal khusus untuk meningkatkan kapasiti dan kredibiliti pengurusan halal.

• Kami juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala oleh pihak JAKIM dan pihak berkuasa Islam yang lain bagi memastikan Prosedur Pensijilan Halal sentiasa diaplikasikan dengan betul.

• Kami akan sentiasa komited dalam memastikan pengguna dapat menggunakan produk kami dengan yakin dan tanpa was-was.