Pemakanan Sihat & Kreatif Untuk Kanak-Kanak

Pemakanan Sihat & Kreatif Untuk Kanak-Kanak

Beberapa kajian menunjukkan, kebanyakan makanan yang disasarkan kepada kanak-kanak adalah makanan yang kurang berkhasiat serta mengandungi tenaga lemak, gula dan gram yang berlebihan yang tidak sesuai untuk pembesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Pernah lalui situasi ini?

“mak.. nak ayam goreng macam tu”

“daddy, along nak roti tu”

“nak makan yang dalam tv tu…”

Rata-rata ibubapa yang memiliki anak-anak dibawah umur 10 tahun pasti pernah mengalami keadaan ini di mana anak-anak lebih tertarik dengan makanan yang diiklankan di televisyen, billboard, risalah dan sebagainya.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Kanak-kanak lebih tertarik kepada sesuatu yang berwarna-warni dan mempunyai bentuk yang pelbagai dan inilah yang ditonjolkan dalam setiap iklan produk. Mereka mengunakan berbagai teknik kreatif untuk memujuk kanak-kanak memilih makanan yang diiklankan ataupun meminta ibubapa membelikan  makanan tersebut. Malah sesetengah iklan pula menggunakan superhero-superhero kegemaran kanak-kanak untuk menarik golongan sasar mereka. kanak-kanak pasti teruja.

Namun begitu, perlu difahami kanak-kanak di peringkat umur sebegini masih tidak boleh menentukan samada sesuatu perkara itu boleh membawa kebaikan atau keburukan kepada mereka. Jadi mereka masih belum memahami tujuan pengiklanan tersebut. Sebagai ibubapa, kita tidak boleh memarahi anak-anak kita sebaliknya kita perlu lebih peka kepada keadaan ini. kita mampu mengawal pemikiran mereka dengan mengurangkan pendedahan terhadap iklan-iklan tersebut.

Beberapa kajian menunjukkan, kebanyakan makanan yang disasarkan kepada kanak-kanak adalah makanan yang kurang berkhasiat serta mengandungi tenaga lemak, gula dan gram yang berlebihan yang tidak sesuai untuk pembesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Perlu diberi perhatian, kanak-kanak yang terlalu didedahkan dengan iklan akan mempunyai pemikiran seperti berikut:

  • Mereka menganggap makanan yang diiklankan sesuai untuk mereka
  • Iklan yang ditonton akan mempengaruhi pemilihan makanan mereka
  • Mereka lebih percaya kepada iklan tersebut
  • Amalan pemakanan yang tidak baik akan berterusan sehingga mereka dewasa

Apabila terjadi keadaan ini, mereka akan cenderung untuk menolak sebarang bentuk makanan yang dimasak atau disediakan oleh ibubapa. Tambahan pula makanan yang kita sediakan adalah makan berat seperti nasi, mee goreng dan lain-lain makanan seperti makanan orang dewasa.

Jangan kecewa dan usah marah. Kita juga mampu untuk memancing minat mereka dengan airtangan kita.

Bagaimana?

  • Jangan hidang dalam kuantiti yang banyak. Hidangkan sedikit dan biar mereka fikir mereka ‘terpaksa’ makan untuk elak lapar
  • Hidangkan makanan dalam pinggan atau bekas yang mereka gemari. Contohnya pinggan berbentuk kartun atau dinosaur
  • Hidangkan makanan yang berwarna warni
  • Kreatifkan skill kita dengan mempelbagaikan bentuk makanan tersebut
  • Jangan banyakkan pilihan makanan sehingga anak-anak tidak tahu memilih
  • Jika perlu, jadi role model. Kita turut makan apa yang mereka makan. Jangan beri mereka lihat perbezaan makanan mereka dengan makanan kita.

Jika buntu bagaimana mahu jadi kreatif, jom kami kongsikan satu menu ringkas untuk anak-anak anda..

Salmon Roll Mini Pizza

Bahan-bahan

  • Gegulung Salmon ………… 5 Batang
  • Roti ………………………………. 5 Keping
  • Telur ……………………………. 5 biji
  • Sos Tomato …………………. 1/2 mangkuk kecil
  • Majeri …………………………. 1/2 mangkuk kecil

Cara Masakan

  1. Roti dipotong separuh ditengahnya jadikan kepada dua bahagian
  2. Roti dipotong bulatan di tengahnya aggaran besar 5cm
  3. Sapu majerin di atas roti yang siap dipotong
  4. Letak roti di atas kuali yang panas dan masukkan telur di tengah bulatan roti tersebut untuk dimasak hingga garing
  5. Sapu sos tomato di atas roti dan telur setelah siap dimasak
  6. Susun kepingan Gegulung Salmon yang siap direbus ke atas roti mengikut kreatifiti dan citarasa anda
  7. Bakar roti tersebut ke dalam ketuhar dalam masa 6-8 minit suhu darjah 150 darjah celcius
  8. Salmon Roll Mini Pizza siap untuk disajikan bersama keluarga anda