Raya tetaplah raya namun perjuangan menentang wabak Covid-19 tetap juga perlu diteruskan kerana kesihatan dan keselamatan kita lebih utama daripada segalanya.
Raya mengikut norma baru. Ada yang kata janggal, ada yang kata best dan tak kurang je yang bersedih kerana tahun ini tidak dapat berkumpul bersama sanak-saudara.
Raya tetaplah raya namun perjuangan menentang wabak Covid-19 tetap juga perlu diteruskan kerana kesihatan dan keselamatan kita lebih utama daripada segalanya. Kekallah berada di rumah dan kita masih boleh memanjangkan silaturrahim melalui teknologi
- Buatlah video call bersama keluarga yang jauh
- Telefonlah dan berikan ucapan kepada rakan-rakan melalui whatsapp dan call
- Hantarlah E-Kad raya sebagai tanda ingatan
- Saling berkongsi gambar raya yang meriah di media sosial
Buat yang berkunjung ke rumah-rumah berdekatan pula jangan lupa..
- Penjarakan sosial
- Kerap mencuci tangan
- Jaga kebersihan
- Sentiasa berwaspada terhadap warga emas, kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit.
Meriahkanlah rumah kita seperti kebiasaan Aidilfitri sebelum-sebelum ini. Disebabkan kita raya sebulan, kalau hari-hari makan kuih raya, ketupat, nasi himpit dan kuah kacang pun boring juga kan.. haa mari sini kami kongsikan satu idea masakan dengan anda..
Resipi: Laksa Suria Bebola Udang
Bahan – Bahan:
- 1/2 Ikan Sardin
- 2 Biji Bawang Besar
- 5 Biji Cili Padi
- 2 Biji Cili Merah Besar
- Segenggam Cili Kering
- Belacan
- 2 Kuntum Bunga Kantan
- Secekak Daun Kesum
- 2 Keping Asam Gelugur
- Suria Bebola Udang
Cara Masakan
- Rebus ikan yang siap dibersihkan dan asingkan isi dan tulang.
- Kisar isi ikan dan tulang berasingan
- Gunakan air rebusan ikan dan isi ikan ditapis
- Cili kering direbus dan dikisar
- Bawang besar, cili padi & belacan yang siap dikisar ditumis
- Diadunkan bersama cili kering yang siap dikisar
- Masukkan air isi ikan dan tulang
- Apabila sup mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan
- Masukkan Suria Bebola Udang
- Laksa Suria Bebola Udang siap disediakan untuk santapan keluarga.