Tips Mulakan Perniagaan

Tips Mulakan Perniagaan

Hilang pekerjaan? Dibuang kerja? Gaji dipotong? Ok..ok.. kami faham anda bimbang pendapatan berkurangan, Betul tak?

Jangan stress, bukan anda seorang sahaja yang terkesan dengan serangan wabak Covid-19 ini, ramai lagi yang seperti anda tetapi anda bukan seperti mereka sekiranya anda bertenang dan cari jalan lain untuk tambah pendapatan anda semula.

Nak jual apa? Modal mesti besar?

Tidak juga, banyak juga perniagaan yang bermula daripada modal yang kecil.

Contohnya:

  1. Jual air balang
  2. Jual buah potong
  3. Jual aiskrim dan air murah di depan sekolah
  4. Jual nasi bajet
  5. Service mencuci kereta
  6. Service mesin rumput

Namun begitu kalau anda hanya boleh bekerja dari rumah pula dan tidak boleh keluar berjumpa pelanggan.. ada beberapa jenis perniagaan yang berpotensi untuk anda fikirkan.

  1. Jadi agen dropship (jika bermodal pun, hanya perlu bayar yuran sekali sahaja)
  2. Service copywriting
  3. Service design
  4. Service gubahan hantaran
  5. Menjual kek
  6. Tempahan makanan seperti bihun, kuih dan sandwich

Jika anda perhatikan, ada perniagaan yang tidak memerlukan modal pun.. hanya sedikit kemahiran sahaja. Dapat sesuatu?

Baik untuk membantu anda lagi, kami nak kongsikan satu resipi mudah yang gerenti boleh laku keras..

RESIPI SANDWICH TELUR GEGULUNG SALMON

Bahan-bahan :

  • 5 Keping Gegulung Salmon
  • 5 Biji Telur Rebus
  • 5 Sudu Besar Mayonis
  • 1/2 Sudu Kecil Garam
  • 1 Kecil Gula
  • Air Perahan Lemon
  • Timun
  • Lada Hitam
  • Sayur Salad
  • Tomato Marjerin
  • Roti