Bulan Oktober ini memperlihatkan peningkatan mendadak kes jangkitan wabak Covid-19 sehinggakan sesetengah tempat terpaksa menutup taska, sekolah dan pusat pendidikan. Anak-anak kembali berkurung dalam rumah dan tentunya mereka mula kebosanan bukan?
Sebagai ibubapa pula, tak mungkin kita mahu melihat anak-anak kita bermain gajet sepanjang hari. Jadi kali ini kami mahu mengesyorkan beberapa aktiviti yang boleh anda praktikkan di rumah bersama anak-anak.
- Rutin Penjagaan Haiwan
Jadualkan mereka untuk mengambil giliran memandikan kucing, mencuci sangkar serta menyediakan makanan. Jangan lupa belikan mainan juga agar anak-anak boleh bermain dengan kucing tersebut. fun kan?
2. Berkebun
Tidak perlu lagi tanah yang luas. Kini dengan ruang yang sempit pun anda boleh melakukan aktiviti gardening. Ajaklah anak-anak menyertai anda dan berikan mereka seorang sepokok tanaman untuk mereka jaga. Pasti mereka bersemangat untuk melihat pokok mereka segar.
3. Membaca buku
Sistem reward boleh diaplikasi melalui aktiviti ini. Minta mereka habiskan sebuah buku dan kemudian bercerita semula kepada anda. Anak berjaya akan menerima ganjaran dari anda. Tidak perlu ganjaran yang mahal, sekecil-kecil hadiah pun mereka sudah happy.
4. Senaman
Walaupun sekadar di rumah, kita masih boleh kekal fit dan sihat. Tidak susah, pasangkan sahaja video senaman di televisyen dan ajaklah anak-anak untuk join samada setiap pagi atau petang. Keluarga anda sihat, hubungan kekeluargaan juga bertambah erat.
5. Memasak
Aktiviti ini akan menjadi aktiviti paling best di rumah kerana akhirnya perut akan kenyang. Tetapi untuk memasak bersama anak-anak ini, pastikan menu anda simple dan menyelerakan.
Jika anda tidak mempunyai idea untuk aktiviti memasak ini, kami boleh bantu anda..
RESIPI SUP AYAM DAN KUEY TEOW
BAHAN-BAHAN
- 100g Kek Ikan SURIA & Bebola Ikan Goreng SURIA
- 2L air
- 6 ulas bawang putih yang dicincang
- 2½ kiub pati ayam
- 500g daging ayam dada tanpa kulit, sapu dengan ½ sudu teh garam
- 100g udang kecil
- 100g taugeh, dicelur
- 500 kuey teow
- lada sulah secukup rasa
BAHAN HIDANGAN
- 2 tangkai daun bawang yang dihiris nipis
- 4 biji cili padi yang dihiris nipis
- minyak bijan
- 7 ulas bawang putih yang dicincang dan digoreng
- kicap masin
CARA MASAKAN
- 2 liter air dididihkan di dalam periuk besar, masukkan kiub pati ayam, daging ayam dan bawang putih. Reneh selama 15-20 minit atas api perlahan.
- Keluarkan daging ayam dari sup dan biarkan sejuk. Siat halus.
- Masukkan Kek Ikan SURIA, Bebola Ikan Goreng SURIA dan udang. Celur selama 3 minit atau sehingga udang masak. Perasakan dengan lada sulah. Keluarkan udang dan biar sejuk. Buang kepala dan kulit.
- Untuk hidangan, masukkan kuey teow ke dalam mangkuk, letakkan hirisan daging ayam, kek ikan, taugeh dan udang di atas kuey teow.
- Tuangkan sup ke atas kuey teow, tabur daun bawang dan minyak bijan ke atas kuey teow sup.
- Hidang panas bersama cili padi dan kicap masin. Sedia dihidangkan bersama keluarga.