Resipi Minum Petang

Resipi Minum Petang

Minum petang tidaklah dikategorikan sebagai ‘makanan utama atau makanan berat’. Ianya lebih sesuai disebut sebagai kudapan ataupun selingan agar perut kita tidak kosong dan kita masih kekal bertenaga di antara jam 3 petang sehingga 6 petang sebelum makan malam.

Jadi perkongsian kali ini kami akan berkongsi dengan anda cadangan makanan yang sesuai anda ambil sebagai makanan ringan dan dalam masa yang sama diet anda masih terjaga.

  1. Kacang – Terutamanya kacang badam yang sangat tinggi sumber serat dan protein.
  2. Yogurt dan buah-buahan – Pilihan yogurt perisa asli dan buah-buahan segar kerana ianya memberikan sumber kalsium.
  3. Bijirin – Ianya kaya dengan serat rendah kadar gula. Lagi best jika makan bersama kismis.
  4. Biskut dan keju – Pilih biskut yang mengandungi biji-bijian utuk seperti gandum utuh dan rendah kandungan lemak.
  5. Puding – Anda boleh buat sendiri puding ini namun pastikan jangan menggunakan susu tambahan dan gula yang berlebihan.

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh anda pilih mengikut selera anda. Cuma jika anda dalam proses diet, anda perlulah bijak menghadkan kandungan minyak, garam dan gula dalam menu anda. Mahukan lebih cadangan lain? Ikuti resipi yang mudah dan cepat untuk menghasilkannya.

RESIPI ROTI MINI GEGULUNG OTAK-OTAK

BAHAN-BAHAN

  • 20 batang Gegulung Otak-otak
  • 5 helai kulit pastri

Apa yang perlu dibuat:

  • Panaskan oven kepada 200 °C (400 °F)
  • Potong kulit pastri dalam kepingan yang cukup besar untuk membalut Gegulung Otak-otak
  • Balut kepingan pastri keliling setiap Gegulung Otak-otak (jangan tutup bahagian hujung)
  • Masukkan gulungan sosej ke dalam oven dan keluarkan apabila pastri menjadi warna coklat keemasan
  • Biarkan gulungan sosej sejuk untuk beberapa minit dan selamat menjamu selera!

Mudah kan? Cubalah hari ini bersama keluarga anda. Anak-anak pasti gemarkannya. Cukup sampai di sini sahaja perkongsian kami untuk anda sampai kita berjumpa lagi untuk blog perkongsian akan datang.