Tips dan Resipi Mi Sizzling Tofu Ikan

Tips dan Resipi Mi Sizzling Tofu Ikan

TIPS MENYIMPAN MAKAN PADA SUHU BILIK

Dalam suasana pendamik Covid 19 yang menyebabkan waktu operasi beberapa sektor ekonomi dipendekkan serta pergerakan kita yang di hadkan,  kita akan lebih cenderung untuk membeli barangan makanan dalam kuantiti yang banyak sebagai simpanan di rumah, bukan?

Namun pernah ke anda perasan ada makanan yang disimpan tidak tahan lama. Adakah makanan itu memang rosak sebelum dibeli ataupun kaedah penyimpanan kita yang salah?

Aktikel kali ini kami akan kongsi dengan anda kaedah penyimpanan makanan pada suhu bilik yang betul. Mari kita semak bersama..

  1. Roti haruskan disimpan di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin
  2. Sayuran seperti ubi kentang dan bawang perlu di simpan di tempat yang jauh daripada sinaran matahari. Jika tidak, ia akan menyebabkan makanan itu bercambah
  3. Elakkan menyimpan makanan berdekatan dengan dinding dan paip kerana ia berisiko dicemari tikus dan serangga.
  4. Biskut yang telah dibuka dari bungkusannya, perlu disimpan ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan lemau
  5. Simpan kopi di dalam bekas kedap udara dan letakkannya jauh daripada suhu lembap, cahaya dan haba untuk mengekalkan kesegarannya

Apabila semua makanan dalam keadaan baik, barulah gembira, kan? Sebagai ‘reward’ kepada anda yang prihatin dengan pemakanan sihat untuk keluarga, kami hadiahkan anda satu resipi menarik.. jom cuba..

RESIPI MI SIZZLING TOFU IKAN

Bahan-bahan A
3 sudu besarminyak jagung
3 ulasbawang putih yang dicincang halus
1 incihalia dipotong kecil
1/4 cawancili kering dipotong kecil
Bahan-bahan B
350g Ayam dipotong dadu
6 ketulcendawan shiitake yang dipotong kecil
2 sudu besarsos stok berperisa ayam
1.5 literair
Bahan-bahan C
1 sudu besarkicap pekat
1 sudu besarminyak bijan
5 sudu besarsos tiram
1/4 cawantepung jagung dicampur 1/4 cawan air
Bahan-bahan D
10 ketulTofu Ikan Suria
600gsayur sawi potong dibahagikan kepada 3 bahagian sahaja
2 bijitelur ayam
2 kepingyee mee
Cara Masakan
1Panaskan minyak jagung dan tumis Bahan-bahan A
2Setelah bahan tumis berwarna kekuningan masukkan ayam ke dalam masakan dan
Bahan-bahan B kemudian tutup sehingga masakan mendidih dalam masa 10-15 minit
3Masukkan Bahan-bahan C sehingga masakan berbau wangi
4Masukkan Bahan-bahan D sehingga masak dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan3 orang
Masa Masakan30 minit
PesananJika ingin kurangkan rasa pedas, masukkan cili kering sedikit sahaja