Fucuk Ikan Produk Baharu SURIA Penuhi Selera Pelanggan

Fucuk Ikan Produk Baharu SURIA Penuhi Selera Pelanggan

Syarikat pemprosesan hasil laut, QL Foods Sdn Bhd terus berusaha memenuhi permintaan pasaran, terbaru dengan melancarkan ‘Fucuk Ikan’ produk baharu SURIA yang dijamin mampu memikat selera pelanggan.

Suria Fucuk Ikan sesuai disediakan dengan cara menggoreng, masakan tumis, mengukus, merebus dan juga memanggang. Hidangan juga boleh dipelbagaikan bersama dengan menu seperti oden, stimbot, yong tau foo, mee sup, makanan snek dan masakan Korea.

Menurut Pengurus Urusan QL Foods Sdn Bhd, inisiatif baharu ini akan menambahkan lagi portfolio produk syarikat seterusnya sebagai usaha memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran tempatan.

Namun, apa yang paling penting adalah produk keluaran syarikat ini dijamin halal dan mempunyai kualiti terbaik kerana ia telah mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

DIJAMIN HALAL

QL Foods Sdn Bhd juga mempunyai sistem pengurusan halal dalaman diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited bagi memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur Halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM.

Produk baharu SURIA ini boleh dapati di Pasaraya berhampiran. Maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi Suria Produk Ikan atau laman web rasmi  www.suriafish.com.my.

PERADUAN BERSEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

QL Foods Sdn Bhd mengambil kesempatan menganjurkan peraduan ‘Jawab dan Menang’ bersempena Bulan Kemerdekaan.

Hadiah ditawarkan berupa wang berjumlah RM2,400 dalam bentuk pin tambah nilai Touch n’Go di mana pemenang akan dipilih secara rawak pada setiap minggu.

Peraduan ini berlangsung daripada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2021.

Keterangan lanjut berhubung peraduan ini boleh didapati di Facebook Suria Produk Ikan.