Keunikan Produk Baharu SURIA ‘Mini Fish’ Pikat Selera Pelanggan

Keunikan Produk Baharu SURIA ‘Mini Fish’ Pikat Selera Pelanggan

Hidangan kek ikan bukan menu asing bagi rakyat Malaysia yang menggunakannya sebagai bahan tambahan dalam pelbagai jenis masakan bahkan juga boleh dimakan dengan begitu sahaja.

Justeru bagi mempelbagaikan lagi produk di pasaran, syarikat pemprosesan hasil laut, QL Foods Sdn Bhd mengambil pendekatan dengan memperkenalkan produk baharu SURIA  iaitu ‘Mini Fish’ yang ditawarkan dalam dua perisa iaitu Mini Fish Original (Kek Ikan Original) dan Mini Fish Otak-otak (Kek Ikan Otak-otak).

Produk baharu ini dijamin bukan hanya mampu memikat selera pelanggan dengan perisa yang sedap dan unik, bahkan menjadikan setiap makanan yang dihidangkan lebih menarik apabila dibuat berbentuk seperti ikan.

Ia juga tentunya sesuai disediakan untuk pelbagai hidangan dengan cara menggoreng, masakan tumis, kukus dan rebus seperti bihun goreng, nasi lemak, nasi dagang, mee goreng, masakan barat, snek dan bekal kanak-kanak (Bento).

Bagi Pengurus Urusan QL Foods Sdn Bhd, keluaran terbaharu itu diyakini dapat memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran tempatan kerana ia bukan hanya unik kerana bentuknya dan saiznya yang mini, malah perisanya yang unik berbanding produk lain serta mudah untuk disediakan.

Paling utama produk keluaran syarikat ini dijamin halal dan kualiti baik kerana ia telah mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

DIJAMIN HALAL

QL Foods Sdn Bhd juga mempunyai sistem pengurusan halal dalaman diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited bagi memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur Halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM.

Produk baharu SURIA ini boleh dapati di pasaraya dan premis sejuk beku berdekatan. Maklumat lanjut, sila layari Facebook rasmi Suria Produk Ikan atau laman web rasmi www.suriafish.com.my