Pikat Selera Kanak-kanak Dengan Bento Mini Fish

Pikat Selera Kanak-kanak Dengan Bento Mini Fish

Pernahkah anda menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah tetapi tidak habis dimakan? 

Pasti ramai ibu yang pernah mengalami situasi ini sekaligus membuatkan anda buntu memikirkan idea bekal untuk anak-anak bukan? 

Tidak dinafikan, soal menyediakan makanan untuk kanak-kanak adalah hal yang agak mencabar lebih-lebih lagi jika anak-anak jenis cerewet dalam soal makan. 

Namun, tanggungjawab dalam memastikan anak-anak dapat makan makanan yang terbaik tentunya menjadikan golongan ibu tidak pernah putus asa memerah idea. 

Apatah lagi, ramai yang setuju jika dikatakan makanan terbaik adalah makanan yang disediakan dari rumah. 

Justeru, bekal makanan khususnya untuk anak-anak bawa ke sekolah amat penting dan tentunya ibu bapa mahu melihat ia habis dimakan. Tetapi bagaimana caranya?

Tahukah anda, salah satu cara bagi menjadikan bekal makanan golongan kanak-kanak lebih menarik adalah menyediakannya dengan  kaedah ala ‘bento’ iaitu bekal makanan dalam istilah Jepun.

Bento disediakan dengan menyusun pelbagai jenis makanan dan warna agar sedap mata memandang seterusnya mampu mengundang selera. 

Namun, soal menyediakan bekal makanan yang ‘dihias’ ini juga tentunya bukan kerja mudah untuk golongan ibu khususnya yang bekerjaya yang amat mementingkan masa.

Jangan bimbang, produk Suria Mini Kek Ikan (Mini Fish) ada penyelesaiannya. Ia bukan hanya lazat, tetapi akan membantu anda menyediakan makanan yang menarik untuk bekal anak-anak. 

Anda boleh jadikannya sebagai hidangan serta hiasan oleh kerana keunikan bentuknya seperti ikan dengan saiznya yang kecil. Anak-anak pasti suka! 

Mini Fish ini boleh disediakan dengan pelbagai cara sama ada  menggoreng, masakan tumis, mengukus dan merebus mengikut selera anak-anak anda. 

Paling penting, sebagai jaminan kualiti terbaik, Mini Fish ini juga mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Jadi, apa tunggu lagi? Jom segera dapatkan Mini Fish ini di premis jualan sejuk beku dan pasaraya yang berdekatan anda.