Peraduan Duit Raya Bersama Z-Cut

Peraduan Duit Raya Bersama Z-Cut

TERMA & SYARAT

Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima terma-terma dan syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN

Peraduan Duit Raya Bersama Z-Cut dianjurkan oleh QL FOODS SDN BHD (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 11/04/2023 dan berakhir pada 17/04/2023 (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.

KELAYAKAN

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas. Pekerja, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

2. Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat Peraduan ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan Penganjur.

MEKANISME PERADUAN

Langkah 1: ‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’

Facebook rasmi ‘SURIA Produk Ikan’ atau

Instagram ‘suria.produk.ikan’.

Langkah 2:

Beli Suria Produk Z-Cut di mana-mana pasar raya berdekatan anda.

LANGKAH 3:

Ambil gambar berpakaian baju raya dengan berlatar belakangkan warna yang cerah bersama Suria Z-Cut (Produk dicucuk bersama lidi). *Sila rujuk contoh di dalam poster Cara Penyertaan.

LANGKAH 4:

Hantarkan gambar menarik anda bersama ucapan yang ingin disampaikan sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi di talian 016-280 0489.

POSTER PERADUAN

10 gambar pemenang akan dimuat naik di ‘Page’ SURIA Produk Ikan dan Instagram berserta ucapan.

3. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

4. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

5. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui whatsapp untuk mendapatkan butiran seperti nama, nombor telefon bimbit dan kad pengenalan untuk proses penebusan hadiah.

6. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

7. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga (3) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain.

HAK PENGANJUR

1. Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung Hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana Hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

2. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

3. Penyertaan dalam Peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh Peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar Peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

4. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua Peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan Hadiah.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.

2. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah untuk Peraduan ini.

PENAFIAN

Peraduan ini tidak dalam apa cara jua ditaja, disokong atau ditadbirkan oleh, atau mempunyai kaitan dengan Facebook . Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penyertaan yang diserahkan oleh Peserta mematuhi semua terma dan syarat Facebook dan Peserta bertanggungjawab untuk membaca dan mematuhi terma-terma penggunaan dan dasar privasi yang diletakkan di Facebook.

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA

Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.