PERADUAN KOMEN, KONGSI & MENANG bersama Suria Produk Ikan Sempena Hari Bapa.

PERADUAN KOMEN, KONGSI & MENANG bersama Suria Produk Ikan Sempena Hari Bapa.

TERMA DAN SYARAT
Sila baca terma-terma dan syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima terma-terma dan syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda terma-terma dan syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu.

MAKLUMAT PERADUAN
Peraduan Komen, Kongsi & Menang bersama Suria Produk Ikan Sempena Hari Bapa (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh QL FOODS SDN BHD (“Penganjur”). Peraduan bermula pada 13 Jun 2024, 12:00pm dan berakhir pada 30 Jun 2024, 11:59pm (“Tempoh Peraduan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta.

KELAYAKAN
Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas. Pekerja, pegawai, pengarah, agen, pengedar dan wakil Penganjur, wakil dan agensi pengiklanan mereka masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di kediaman yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai kaitan persaudaraan atau tidak), tidak layak menyertai Peraduan.

Peserta dikehendaki ‘FOLLOW’ akaun rasmi di ‘Facebook SURIA Produk Ikan’ dan Instagram ‘suria.produk.ikan’.

Penganjur berhak untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak mematuhi apa-apa terma dan syarat peraduan ini atau jika penganjur berpendapat bahawa peserta gagal memenuhi apa-apa kriteria penyertaan penganjur.

MEKANISME PERADUAN
Cara penyertaan seperti berikut :

Langkah 1:
‘LIKE’ dan ‘FOLLOW’ akaun rasmi di Facebook ‘SURIA Produk Ikan’
dan Instagram ‘suria.produk.ikan’.

Langkah 2:
‘KOMEN’ nyatakan gelaran istimewa untuk
bapa anda di ruangan komen beserta tanda pagar
#SuriaHariBapa

Langkah 3:
‘KONGSI’ Peraduan ini (Share).

PENEBUSAN HADIAH
Pemenang akan dipilih secara rawak seramai 30 orang pemenang. Setiap pemenang akan menerima hadiah kredit TnG eWallet RM10

Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui facebook atau instagram untuk mendapatkan butiran seperti nama, nombor telefon bimbit dan kad pengenalan untuk proses penebusan hadiah.

Semua pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga (3) hari selepas dimaklumkan oleh penganjur. Sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada peserta/pemenang lain.

HAK PENGANJUR
Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu. Semua Hadiah dituntut dalam keadaan “sedia ada” dan tidak boleh ditukarkan dengan kredit atau barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.

Keputusan penganjur dalam semua perkara berkaitan peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.

Penyertaan dalam peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan kebenaran yang tidak boleh dibatalkan (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh peserta) kepada penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun perlu memberikan notis kepada peserta terlebih dahulu.

Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti penuh dan bertanggungjawab sepenuhnya setakat dibenarkan undang-undang sekiranya berlaku sebarang kerugian, kejadian tidak diingini, kecederaan, ganti rugi, tuntutan, atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) yang dialami akibat daripada penyertaan mereka dalam Peraduan ini, penebusan dan atau penggunaan hadiah.


TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima terma-terma dan syarat-syarat dan notis privasi yang dinyatakan.

Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah untuk peraduan ini.

PENAFIAN
Peraduan ini tidak dalam apa cara jua ditaja, disokong atau ditadbirkan oleh, atau mempunyai kaitan dengan Facebook . Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta mematuhi semua terma dan syarat Facebook dan peserta bertanggungjawab untuk membaca dan mematuhi terma-terma penggunaan dan dasar privasi yang diletakkan di Facebook atau Instagram.

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA
Peraduan ini dan terma-terma dan syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.