Waktu bersahur antara jam 4 – 5 pagi kadang-kadang membuatkan ramai terbabas kerana keletihan dan terlalu mengantuk terutama sekali kepada anak-anak yang lebih sayangkan tidur daripada makanan.
Namun sahur sangat penting untuk memberikan tenaga di siang hari. Justeru ibubapa perlu menjadi kreatif dalam menyediakan juadah bersahur ini.
Cuba untuk :
- Variasikan juadah supaya anak tidak jemu
- Elakkan makan nasi setiap hari. kadang-kadang anak-anak mahu makanan yang tidak heavy
- Ceritakan dengan anak-anak juadah sahur mereka sebelum mereka tidur agar mereka excited untuk bangun
Namun begitu, kami lebih mencadangkan agar anda juga menyiapkan juadah tersebut sebelum anda tidur. Setidaknya jika anda sendiri terlewat bangun, anda tidak perlu terkejar-kejar ke dapur kerana juadah telah tersedia. Jadi ini akan menyelamatkan keadaan.
Mari kami kongsikan satu menu yang boleh menarik minat anak-anak anda dan sangat mudah untuk disediakan.
Resipi : Salmon Roll Pizza
Bahan – Bahan:
- 1/2kg Tepung Gandum
- 220ml Air Biasa
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Gula
- 1 Sudu Besar Yis
- 1 Sudu Kecil Pelembut Roti
- Keju Mozzarella
- Sos Spaghetti
- Gegulung Salmon
- Bebola Ikan
~ Kuantiti masakan untuk 4 orang.