Bulan Jun terkenal dengan sambutan hari bapa. Jadi mahu tak kalau kami bantu anda dengan kongsikan tips memilih hadiah yang bersesuai dengan bapa anda? Jangan tak tahu, kaum bapa ni walaupun mereka lebih relaks dan cool serta jarang meminta, tetapi sesekali kalau surprisekan mereka, mereka pasti sangat gembira sepanjang hari dan percayalah anda minta apapun selepas ini mereka pasti akan tunaikan.
Antara hadiah yang berkualiti dan murah yang anda boleh berikan adalah :
- Kad ucapan buatan sendiri. Ini hadiah yang paling ringkas tetapi keikhlasan dan kesungguhan anda itu yang pasti akan buatkan bapa anda tersentuh.
- Tali pinggang. Hadiah ini mereka akan pakai setiap hari kerana tali pinggang bukan sahaja sesuai untuk seluar kerja tetapi juga seluar kasual.
- Topi atau cap casual. Bapa-bapa muda zaman sekarang menjadikan topi sebagai sebahagian daripada penampilan dan fesyen mereka. pastikan pilih warna kegemaran bapa anda ye.
- Hardware Toolbox. Bapa-bapa yang gemar bertukang di rumah sendiri, set ini sangat mereka idamkan. Harga sangat berpatutan jika anda membeli online.
- Masakan. Masaklah menu apa sekalipun, jika ianya airtangan anda pasti ianya sangat menyelerakan buat bapa anda.
Kalau tidak tahu untuk masak apa, mari kami kongsikan satu idea masakan dengan anda.
Resipi: Pulut Kuning
Bahan – Bahan:
- 1/2 kg Beras Pulut
- 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
- 1 Keping Asam Keping
- 200 ml Santan Kotak ATAU Santan Segar 1/2 Biji (Tanpa Air)
- Air Masak
- 1 Sudu Besar Garam
- 1 Sudu Besar Minyak Masak
- 1 Helai Daun Pandan
Cara Masakan
- Cuci beras pulut dan toskan tulang.
- Rendamkan pulut dan masukkan bersama serbuk kunyit dan asam keping. Digaul rata kemudian dibiarkan selama 4 jam.
- Tos beras pulut yang siap direndam dibilas bersama air.
- Berat pulut tersebut dimasukkan ke dalam loyang masukkan bersama daun pandan.
- Masukkan santan ke atas pulut tersebut sehingga menenggelamkan beras pulut dan tambahkan sedikit air (jika menggunakan santan kotak). Digaul rata kemudian masakkan dalam masa 30 minit.
- Selepas 30 minit, gaulkan pulut tersebut kemudian masukkan sedikit baki santan yang ada dan tunggu sehingga 10 minit.
- Masakan pulut kuning siap dan sedia untuk disajikan makan bersama keluarga.
p/s – Tabur dan gaulkan sedikit gula jika ingin menampakkan pulut lebih cantik dan berkilat.
Pulut yang siap disediakan boleh dihidang bersama sambal bebola ikan SURIA.