Bekalan Makanan Anak Ke Sekolah

Bekalan Makanan Anak Ke Sekolah

Sekolah kembali dibuka selepas diberi cuti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bukan? Dan mengikut SOP baru anak-anak perlu membawa bekal makanan sendiri untuk mengelakkan kesesakan di kantin.

Oh no.. nampaknya para ibu akan kembali sibuk dan pening memikirkan menu-menu makanan yang perlu disediakan setiap pagi.

Itu belum lagi mereka yang memiliki anak-anak yang cerewet bab makanan.

Jangan risau, kami nak berkongsi sedikit idea dengan para ibu sekali tentang pilihan menu yang sesuai agar anak-anak kekal aktif, sihat dan berselera di sekolah.

  1. Nasi goreng sosej
  2. Roti pizza
  3. Pisang atau apple bersama susu
  4. Oat
  5. Emping gandum bersalut coklat
  6. Roti sosej roll bersalut serbuk roti

Dan banyak lagi.. namun Ingat, jangan bekalkan menu yang terlalu berminyak dan pedas kerana anak-anak anda mungkin berisiko mengalami cirit-birit dan ketidakselesaan perut sepanjang dalam kelas

Paling penting sediakan  dalam susunan yang menarik dan berwarni-warna.

Nak lagi idea? Ok kami kongsi satu resipi mudah.. mari cuba…

PAI GEGULUNG SALMON

Bahan-bahan :

  • 6 batang Gegulung Salmon
  • 6 keping spageti
  • 6 keping pastri (bentuk bulat 10 cm)
  • 1 biji telur ayam yang siap dikacau
  • 1 cawan keju yang siap di parut
  • 6 biji tomato ceri
  • Sedikit minyak masak
  • Daun selasih secukup rasa

Cara masakan :

  1. Panaskan (Preheat) ketuhar hingga 425 darjah selsius.
  2. Potong Gegulung Salmon selari dengan 8 potongan hingga tidak terputus dari potongan tersebut agar mudah untuk membuat bulatan.
  3. Sambungkan di hujung bulatan Gegulung Salmon yang siap dipotong dengan kepingan spageti.
  4. Letakkan Gegulung Salmon di atas kepingan pastri yang berbentuk bulatan tersebut.
  5. Gunakan hujung sudu untuk membuat kemasan dan lipatan di setiap potongan hujung Gegulung Salmon bersama pastri. Setiap kepingan pastri dan Gegulung Salmon kini kelihatan seperti pai bunga.
  6. Masukkan telur yang sudah siap dikacau di tengah Pai Gegulung Salmon dan keju yang diparut.
  7. Kemudian letakkan tomato ceri di tengah.
  8. Kurangkan suhu ke 150 – 200 darjah selsius. Bakar dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.
  9. Penyediaan boleh dilakukan dengan sapu sedikit minyak masak di atas Pai Gegulung Salmon agar nampak lebih memikat selera dan letakkan daun selasih di atasnya.

Setakat ini sahaja perkongsian dari kami buat anda, pastinya kami akan kongsikan lebih banyak idea dan resipi masakan yang istimewa buat anda dan keluarga.