Tips Susun Atur Ruang Dapur

Tips Susun Atur Ruang Dapur

Menjelang hari raya ini pastinya kita akan sibuk mengemas rumah untuk kelihatan bersih dan selesa bukan? Maklumlah nak terima tetamu. Jadi alang-alang dah mengemas tu apa kata anda dekor sekali ruang dapur anda. Susah ke nak dekor dapur ni? Tak susah mana pun. Jom kami kongsikan dengan ada tips mudah untuk cantikkan dapur kesayangan anda tu.

  1. Pastikan dahulu semua barangan yang ada adalah yang selalu digunakan. Jika tidak, simpan di dalam kotak atau susun dalam kabinet.
  2. Susun mengikut kelompok peralatan yang sama.
  3. Susun mengikut warna dan saiz.
  4. Labelkan setiap bahan.
  5. Susun kuali secara menegak.
  6. Gunakan cat dinding yang berwarna cerah.
  7. Jika perlu gunakan rak tambahan, pilih yang bersaiz kecil.
  8. Paling penting, biasakan untuk kemas dan lap setiap kali selepas memasak.

Mudah kan? Selepas ini pasti dapur anda akan sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Barulah selalu ada semangat untuk memasak..sekarang jom kita rasmi ‘dapur baru’ anda ini dengan resipi istimewa daripada kami.

RESIPI NASI GORENG BEBOLA SEAFOOD

Bahan-bahan:

  • 3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah bersaiz besar yang siap ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih yang siap ditumbuk
  • 1 batang lobak merah dipotong dadu dan sayur sawi dipotong kecil
  • 5 ketul Bebola Udang Suria
  • 5 ketul Bebola Ketam Suria
  • 5 ketul Bebola Sotong Suria
  • 5 ekor udang bersaiz sederhana
  • 5 ekor sotong bersaiz sederhana dipotong bulat
  • 1 sudu besar sambal belacan
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 biji cili padi jika mahu pedas
  • 1 sudu besar minyak masak untuk tumis
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup dan timun untuk hiasan
  • Sedikit serbuk perasa ayam

Cara masakan:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang siap ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang siap diketuk, gaulkan sehingga rata.
  3. Masukkan sos tiram dan digaulkan sehingga rata
  4. Masukkan Bebola Udang, Bebola Ketam, Bebola Sotong, udang dan sotong kemudian digaul sehingga masak secukupnya.
  5. Taburkan garam dan serbuk perasa ayam ke dalam masakan secukup rasa.
  6. Masukkan sayur sawi dan lobak merah sehingga layu.
  7. Masukkan nasi dan gaulkan sehingga sekata kemudian api masakan ditutup.
  8. Masakan siap untuk disajikan bersama keluarga.

Setakat ini sahaja perkongsian dari kami buat anda, pastinya kami akan kongsikan lebih banyak tips dan masakan yang istimewa buat anda dan keluarga.