Raya Oh Raya

Raya Oh Raya

Raya mengikut norma baru. Ada yang kata janggal, ada yang kata best dan tak kurang je yang bersedih kerana tahun ini tidak dapat berkumpul bersama sanak-saudara.

Raya tetaplah raya namun perjuangan menentang wabak Covid-19 tetap juga perlu diteruskan kerana kesihatan dan keselamatan kita lebih utama daripada segalanya. Kekalkanlah berada di rumah dan kita masih boleh memanjangkan silaturrahim melalui teknologi

  1. Buatlah video call bersama keluarga yang jauh
  2. Telefonlah dan berikan ucapan kepada rakan-rakan melalui whatsapp dan call
  3. Hantarlah E-Kad raya sebagai tanda ingatan
  4. Saling berkongsi gambar raya yang meriah di media sosial

Buat yang berkunjung ke rumah-rumah berdekatan pula jangan lupa..

  1. Penjarakkan sosial
  2. Kerap mencuci tangan
  3. Jaga kebersihan
  4. Sentiasa berwaspada terhadap warga emas, kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit.

Meriahkanlah rumah kita seperti kebiasaan Aidilditri sebelum-sebelum ini. Disebabkan kita raya sebulan, kalau hari-hari makan kuih raya, ketupat, nasi himpit dan kuah kacang pun boring juga kan.. haa mari sini kami kongsikan satu idea masakan dengan anda..

Resipi Kuey Teow Udang SURIA

Bahan-bahan:
1 kg kuey teow
segengam taugeh yang siap dibuang pucuk atasnya
1 ikat daun kucai – potong 1 inci panjang cuci bersih dan toskan
1 mangkuk kecil udang

10 ketul Bebola Udang SURIA
2 sudu besar Kicap pekat manis
2 sudu besar Kicap cair
2 biji Telur
2 sudu besar Minyak

Pes lada:
1 1/2 sudu besar bawang putih kisar halus
4 sudu besar bawang merah kisar halus
10 sudu besar lada kering kisar halus
Minyak

Cara penyediaan Pes lada :
Tumis semua bahan penyediaan Pes lada sehingga garing dan ketepikan.

Cara penyediaan Kuey Teow Udang :
Langkah 1 : Panaskan minyak.
Langkah 2 : Masukkan udang dan goreng hingga suku masak.
Langkah 3 : Masukkan telur, biar mengeras sikit dan kacau rata.
Langkah 4 : Masukkan mee tiaw dan pes lada (ikut suka tahap pedas yang dikehendaki). Kacau rata.
Langkah 5 : Masukkan kicap pekat manis dan kicap cair, gaul rata. Jika kurang masin, boleh tambahkan sedikit garam.
Langkah 6 : Masukkan taugeh, Bebola Udang SURIA dan daun kucai, kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba