Resipi Laksa Sarawak Bebola Udang Suria

Resipi Laksa Sarawak Bebola Udang Suria

Pembuatan resipi yang berasal dari bumi Kenyalang ini sangat enak diadunkan bersama Bebola Udang keluaran Suria Produk Ikan semestinya memikat selera seisi keluarga. Kali ini anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari Pes Laksa Sarawak, kerana resipi kali ini akan menyajikan cara penyediaan Pes Laksa Sarawak, penyediaan Kuah Laksa dan Sambal Udang Kering yang istimewa agar sajian menjadi lebih enak dan pastinya digemari keluarga. Jom ikuti cara penyediaannya.

Bahan-bahan Penyediaan Pes Laksa
Bahan A
1/4 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1/4 cawan bijan yang telah disangai
Bahan B
1 inci belacan bakar
1 inci lengkuas
4 batang serai
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 biji buah keras
10 biji cili kering yang siap dibuang bijinya
Bahan C
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Cara Penyediaan Pes Laksa
Langkah 1 : Kisar Bahan A hingga halus dan lumat
Langkah 2 : Kisar secara berasingan Bahan B selebihnya
Langkah 3 : Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan Bahan B hingga pecah minyak
Langkah 4 : Masukkan Bahan A dan gaulkan hingga sebati dalam masakan
Langkah 5 : Masukkan Bahan C dan gaulkan hingga rata dan tumis hingga warna
bertukar sedikit gelap dan kering masakan tersebut
Bahan-bahan Penyediaan Kuah Laksa Sarawak Bebola Udang Suria
250ml santan pekat
500g udang
500g Bebola Udang SURIA
2 batang serai yang telah diketuk
400g mee hoon
2 liter air
garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Cara Penyediaan Kuah Laksa
Langkah 1 : Didihkan 2 liter air bersama 2 batang serai yang telah diketuk dan udang
Langkah 2 : Rebuskan udang hingga masak dan asingkan udang tersebut dari kuali masakan
Langkah 3 : Masukkan pes laksa ke dalam lebihan air rebusan udang dalam kuali
Langkah 4 : Gaul sehingga sebati dan masukkan Bebola Udang SURIA
Langkah 5 : Masak hingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula
Langkah 6 : Celurkan Mee Hoon dan masakkan sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan Penyediaan Sambal Udang Kering
1 inci belacan bakar
5 sudu besar udang kering
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
8 biji cili kering yang siap dibuang bijinya
Garam secukup rasa
1 sudu besar gula
1/4 cawan air asam jawa
Cara Penyediaan Sambal Udang Kering
Langkah 1 : Kisar kesemua bahan hingga lumat dan halus
Langkah 2 : Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisaran tersebut
Langkah 3 : Tumiskan bahan tersebut hingga pecah minyak dan masukkan garam serta gula
Langkah 4 : Kemudian akhir sekali masukkan air asam jawa dan masak hingga sambal menjadi pekat
Langkah 5 : Masakan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 6-8 orang
Masa Masakan : 30 minit