Kerabu Udang Analog Bersama Suhun

Kerabu Udang Analog Bersama Suhun

Saiz hidangan 4 orang dewasa

Bahan-bahan
500gSuria Udang Analog direbus
200gsuhun dicelurkan dan rendam dalam air sejuk
1 bijimangga dipotong kecil dan sederhana panjang
5 ulasbawang merah dihiris halus
1 bijitomato dihiris nipis
5 bijicili merah dihiris hipis
1 batangserai dihiris hipis
2 sudu besargula melaka
1/2 sudu tehserbuk perasa
1 sudu besarbawang putih diketuk
2 sudu besarsos ikan
1 bijijus perahan limau nipis
1/2 mangkuk kecilkacang tanah digoreng
2 tangkaidaun ketumbar untuk ditaburkan atas sajian
secukup rasagaram
Cara Masakan
1. Gunakan mangkuk besar untuk campurkan bahan-bahan seperti mangga, suhun, bawang merah, tomato, cili merah, serai dan Udang Analog.
2. Campurkan bahan di dalam gula melaka seperti serbuk perasa, bawang putih, sos ikan, jus perahan limau nipis dan serbuk perasa.Gaulkan sehingga sebati.
3. Gaulkan campuran gula melaka ke dalam mangkuk bahan utama kerabu udang analog.
4. Tabur dan gaulkan garam secukup rasa serta daun ketumbar. Hidangan sedia untuk disajikan. Selamat mencuba.