Situasi yang biasa dilalui oleh para isteri terutamanya ketika hendak memasak adalah bahan yang mahu digunakan telah berkulat atau pun telah rosak. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran malah kita juga boleh hilang mood untuk memasak.
Jadi kali ini kami mahu berkongsi dengan anda beberapa petua yang mungkin bermanfaat untuk kita semua..
- Mengelakkan cilik kisar cepat berkulat
- Rebus terlebih dahulu cili kering dan buang bijinya. Kemudian tos kan. Kisar bersama sedikit minyak sehingga lumat. Kemudian panaskan dalam kuali bersama sedikit garam. Selepas itu simpanlah dalam peti sejuk.
- Mengelakkan nasi mudah basi
- Basuh beras bersama bunga cengkih dan sedikit garam terlebih dahulu. Kemudian barulah bilas dan tanak nasi seperti biasa
- Kupas kulit telur dengan sempurna
- Masukkan telur yang telah direbus segera ke dalam air sejuk. Biarkan air itu menjadi suam dan buang air tersebut. Ulang semula dengan gantikan air yang lain sehingga telur menjadi sejuk. Ketika itu, kulit telur akan menjadi mudah dikupas
- Mengelakkan cendawan cepat rosak
- Keluarkan cendawan dari plastik yang dibeli tanpa mengenakan air. Kemudian tindan dengan tisu dapur dan bungkuslah dengan kemas menggunakan surat khabar. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
Kalau semua dalam keadaan sempurna pasti kita pun dapat memasak dengan tenang dan happy kan. Ok sekarang jom kita masak makanan kegemaran kita seperti resipi dibawah…
Resipi Kari Ketam Nanas bersama Gegulung Ketam SURIA
Bahan-bahan A
- 4 Ekor ketam yang sudah siap dibersihkan dan dipotong 2 dan 500g Gegulung Ketam SURIA
- 25g rempah kari udang/ketam/sotong dan dibancuh dengan 1/2 mangkuk air
- 1 mangkuk santan pekat
- 1/2 biji nanas yang dipotong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu gula
Bahan-bahan B yang siap dikisar halus
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 1 sudu teh jintan manis
Bahan-bahan C
- 2 biji bawang merah yang siap dihiris nipis
- 2 ulas bawang putih yang siap dihiris halus
- 1 tangkai daun kari
- 1 sudu teh halba campur
Cara Masakan :
- Satukan bahan-bahan A dalam periuk dan masukkan sama bahan-bahan B digaul rata. Tunggu hingga mendidih kemudian perlahankan api masakan.
- Masukkan 4 sudu besar minyak dalam kuali yang berasingan dan tumis bahan-bahan C sehingga garing kemudian masukkan ke dalam kuali masakan ketam ( Cara Masakan Nombor 1).
- Tutup periuk masakan dengan penutup untuk memastikan bau harum tidak terlepas keluar ke udara selama 10 minit kemudian masakan siap untuk dihidangkan.