Masa minum petang adalah waktu paling santai bersama keluarga dan ia tentu lebih bermakna dengan hidangan yang enak dan pelbagai.
Namun, ada kalanya, agak sukar menentukan menu untuk disajikan kerana kekurangan idea yang menarik, ditambah lagi dengan selera seisi keluarga yang berbeza.
Mengambil kira situasi itu, Suria Fucuk Ikan menjanjikan pilihan yang tepat untuk dijadikan juadah minum petang anda kerana ia bukan hanya enak dimakan begitu sahaja, tetapi penyediaannya juga boleh dipelbagaikan dengan menu masakan yang unik.
Ditambah pula, Suria Fucuk Ikan sesuai disediakan dengan pelbagai cara masakan seperti menggoreng, masakan tumis, mengukus, merebus dan juga memanggang.
Pernah terfikir untuk menyediakan menu ala barat seperti lasagna menggunakan fucuk ikan? Ya, itu antara idea yang anda boleh gunakan untuk menyediakan menu minum petang bersama keluarga.
Selain itu, anda juga boleh mencuba resepi menu fucuk ikan berkeju, fucuk bergedil, dan fucuk muffin telur yang mungkin boleh menjadi kegemaran anak-anak.
Jika anda sukakan hidangan ala Korea, idea menyediaan sos kimci untuk dimakan bersama Suria Fucuk Ikan juga mampu membuka selera minum petang anda.
Namun, paling utama, produk Suria Fucuk Ikan adalah terjamin daripada segi kualiti dan kebersihan kerana menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan produk yang dipasarkan telah mengikuti segala piawaian ditetapkan.
Ini terbukti apabila produk kami juga telah mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
Jadi, jangan terlepas untuk mendapatkan Fucuk Ikan baharu hari ini di premis jualan sejuk beku dan pasaraya yang berdekatan anda.