Aktiviti “Hiking” bersama SURIA Produk Ikan yang lazat pasti membuat anda rasa lebih bertenaga pada hujung minggu ini.
‘Cucumber Salmon Roll Sushi’ pilihan terbaik.
Bahan – Bahan
- Timun …………………………………2 Biji
- Lobak Merah …………………….. 2 Biji
- Keju …………………………………… 5 Keping
- Gegelung Salmon ……………… 5 Batang
- Sayur Salad ……………………….. 2 Helai
Cara Masakan
- Potong timun kepada 6 bahagian setiap satu
- Setiap timun yang dipotong ditebuk bulatan
- Lobak merah dipotong kecil anggaran ukuran 2 inci memanjang
- Kepingan keju dipotong kecil anggaran ukuran 2 inci memanjang
- Sayur salad dipotong kecil dan dimasukkan ke dalam bulatan timun yang siap ditebuk
- Satu batang Gegulung Salmon yang siap direbus disusun bersama sayur salad dan timun secara menegak aggaran ukuran 2 inci
- Lobak merah dan kepingan keju yang siap dipotong disusunkan secara menegak di bahagian sisi Gegulung Salmon
- Cucumber Salmon Roll Sushi siap disediakan untuk santapan keluarga.
Tips Sajian
Cucumber Salmon Roll Sushi enak dicicah bersama sos cili atau tomato