Resipi Mr. Mama

Resipi Mr. Mama

Isteri kena pergi kursus?

Isteri balik kampong?

Isteri tengah berpantang?

Haaa.. kalau menghadapi situasi begini para ayah pasti akan mendapat satu lagi gelaran iaitu Mr. Mama. Mana tidaknya, segala urusan rumahtangga perlukan dilakukan sendiri. Setakat membasuh baju, mengemas rumah dan menguruskan persekolahan anak-anak mungkin tidak menjadi masalah sangat bagi sesetengah lelaki tetapi apabila bab menyediakan makanan, ramai yang akan mengambil jalan mudah dengan membeli dari luar.

Alasan yang selalu kita terima adalah :

  1. Kena beli banyak bahan basah
  2. Kena bersiang ikan/udang/ayam
  3. Tidak cukup masa
  4. Penat
  5. Malas
  6. Masakan tidak sedap

Nanti dulu.. jangan mengeluh. Kami adalah pakar dalam membantu anda menyediakan makanan yang mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Satu lagi, kalau anda betul-betul mengikut resipi yang kami berikan, gerenti anda akan jadi chef setanding isteri anda di rumah.

Bahan – Bahan

  • 1/2 ikan sardin
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah besar
  • Segenggam cili kering
  • Belacan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Secekak Daun Kesum
  • 2 keping asam gelugur

Cara Masakan

  1. Rebus ikan yang siap dibersihkan dan asingkan isi dan tulang.
  2. Kisar isi ikan dan tulang berasingan
  3. Gunakan air rebusan ikan dan isi ikan ditapis
  4. Cili kering direbus dan dikisar
  5. Bawang besar, cili padi & belacan yang siap dikisar ditumis
  6. Diadunkan bersama cili kering yang siap dikisar
  7. Masukkan air isi ikan dan tulang
  8. Apabila sup mendidih, masukkan daun kesum dan bunga kantan
  9. Masukkan Suria Bebola Udang
  10. Laksa Suria Bebola Udang siap disediakan untuk santapan keluarga.

Dah berjaya nanti, ajaklah anak-anak masak sekali. Selain mengisi masa lapang mereka, dapat juga mengeratkan hubungan kasih sayang dengan anak-anak.

Bila anda hebat di dapur, anda boleh bermegah dipanggil Mr. Mama.. selamat mencuba..