Agak renyah untuk sesetengah ibubapa terutamanya yang memiliki anak kecil untuk berhenti makan di luar apabila perlu menempuh satu perjalanan yang panjang bukan? Mana tidaknya, kadang-kadang anak-anak ini cerewet.
Makanan itu tidak mahu, makanan ini tak sedap. Itu belum lagi bab anak-anak tak mahu makan kerana mahu bermain di taman permainan yang disediakan di kawasan-kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya.
Fuh, boleh naik angin mak-mak kan.. jadi untuk mengelakkan situasi ini berlaku, apa kata ibubapa sediakan siap-siap makanan dari rumah. Dengan itu, mereka boleh makan dalam kereta atau di tempat-tempat yang bersesuaian yang memudahkan anda mengawal mereka.
Malas? Penat? Eh nanti dulu, ada resipi yang sangat mudah dengan bahan yang sangat minima tetapi sudah cukup untuk menghasilkan resipi yang berkhasiat dan menyelerakan.
Jangan risau, tak sempat nak berpeluh pun.. jom cuba..
Bahan – Bahan
- 5 keping Gegulung Salmon
- 5 biji telur rebus
- 5 sudu besar mayonis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 kecil gula
- Air perahan lamon
- Timun
- Lada hitam
- Sayur salad
- Tomato
- Marjerin
- Roti
Cara Masakan
- Hancurkan telur rebus dan masukkan air lemon
- Tambahkan 1 sudu gula dan ½ sudu garam
- Masukkan timun yang dipotong dadu dan seterusnya mayonis dan gaulkan
- Roti potong segi empat / segi tiga dan sapukan marjerin
- Tambahkan sayur-sayuran seperti sayur salad dan tomato
- Seterusnya gegulung salmon disusun kemas dan sedikit lada hitam sebagai penambah rasa