Resipi Sahur

Resipi Sahur

Setiap kali tiba bulan Ramadan bagi yang beragama Islam, topik yang hangat diperkatakan sepanjang bulan puasa ini tentu sekali berkaitan makanan.

Hai guys.. Selamat berpuasa…

Setiap kali tiba bulan Ramadan bagi yang beragama Islam, topik yang hangat diperkatakan sepanjang bulan puasa ini tentu sekali berkaitan makanan. Apa tidaknya, selain perlu memikirkan juadah untuk berbuka, sering juga kita pening memilih juadah yang sesuai untuk bersahur.

Jangan tak percaya ye, ada sesetengah orang tu malas nak bersahur semata-mata tak tahu nak makan apa. Ishhh jangan macam tu. Sahur tu penting kerana selain mendapat pahala sunnah, sahur juga membantu kesihatan kita tau. Antaranya :

  1. Memberi tenaga untuk sepanjang hari
  2. Mengawal tahap gula dalam darah
  3. Menjadikan system pencernaan kita berfungsi dengan lebih cekap dan baik.

Dah tahu kepentingan sahur kan, jom kami belanja anda satu resipi mudah untuk sahur nanti.

Resipi: Sandwich Telur Gegulung Salmon

Bahan – Bahan:

  • 5 Keping Gegulung Salmon
  • 5 Biji Telur Rebus
  • 5 Sudu Besar Mayonis
  • 1/2 Sudu Kecil Garam
  • 1 Kecil Gula
  • Air Perahan Lemon
  • Timun
  • Lada Hitam
  • Sayur Salad
  • Tomato Marjerin
  • Roti