Parti Menyambut Hari Lahir Bersama Keluarga

Parti Menyambut Hari Lahir Bersama Keluarga

Menjadi trend masa kini, ibu bapa cenderung untuk mengadakan majlis ‘birthday party’ untuk anak-anak. Kalau ibu bapa tidak mahu buat sekali pun, anak-anak sendiri akan meminta untuk diraikan malah kadang-kadang mereka lebih bijak menentukan tema yang mereka mahu tetapi memandangkan keadaan sekarang bahanyanya penularan virus Covid-19, alangkah baiknya ibu bapa mengadakan parti bersama ahli keluarga sahaja.

Jadi ‘entry’ kami pada kali ini, kami mahu berkongsi dengan para ibubapa beberapa tips yang perlu anda perhatikan untuk memastikan majlis harijadi anak anda meriah dan tidak membazir bersama ahli keluarga yang terdekat.

  • Senaraikan tetamu – cukup sekadar ahli keluarga terdekat sahaja memandangkan jemputan tetamu luar sangat merbahaya sekarang atas penularan virus Covid-19 yang berlaku.
  • Pilih tarikh dan masa yang bersesuaian. – untuk jimat, buat sahaja di rumah. Tidak perlu anak menghabiskan duit menyewa premis lain.
  • Tentukan bajet anda – letakkan satu bajet yang releven dan kawal semua perbelanjaan dalam bajet yang ditetapkan. Ini juga caranya untuk mengelakkan pembaziran.
  • Tentukan tema – sekadar untuk lebih meriah, tetapkan tema yang bersesuaian  dan pilihlah yang tidak terlalu susah sehingga anda perlu menempah pakaian khas pula untuk anak anda. Ingat, jimattt.. tetapi kalau masih dalam bajet anda, silakan.
  • Dekorasi – tidak perlu terlalu banyak, yang penting ada belon, topi ‘birthday ‘, alas meja yang cantik, susun atur makanan yang kemas dan berwarna-warni serta beli la kek yang menarik.
  • Permainan yang menyeronokkan – aktiviti bersama anak-anak adalah saat yang sangat membahagiakan antara permainan yang boleh dilakukan seperti mewarna, permainan blok atau menyanyi dan menari.
  • Menu makanan – haa bab ini yang paling best. Pilihlah makanan yang sesuai untuk anak-anak terlebih dahulu barulah orang dewasa kerana tidak semua makanan orang dewasa kena dengan selera anak-anak. Jika anda pilih untuk menempah, tempah awal seminggu atau selewatnya tiga hari sebelum. Tetapi kalau masak sendiri, lebih mudah dan jimat.

Ok dapat sesuatu? Apapun yang penting anak-anak kita bahagia.

Jika nak masak sendiri tetapi tak ada idea kreatif, mari kami kongsikan satu resipi.

NASI GORENG UDANG SURIA

Bahan A

  • 100gm udang – Udang Analog keluaran SURIA Produk Ikan
  • 1/4 sudu teh garam
  • Sedikit serbuk lada hitam 
  • 1/2 sudu teh tepung jagung

Bahan B

  • 3 biji telur – dipukul dalam mangkuk kecil

Bahan C

  • 2 batang daun bawang – dicincang
  • 2 ulas bawang putih – di cincang
  • 4 cawan nasi sejuk 
  • 3/4 cawan lobak merah – di potong dadu
  • 1 sudu besar kicap cair – boleh gantikan dengan sos sotong/ikan Thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh minyak bijan

Cara Memasak:
1. Perap semua bahan-bahan A di dalam mangkuk selama 10 minit.

2. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali yang siap dipanaskan dan susun secara tidak bertindih Udang Analog ke dalam kuali. Goreng Udang Analog selama 30 saat dan alihkan kemudian asingkan ketepi seketika.

3. Gorengkan telur yang sudah siap dikacau ke dalam kuali untuk jadikan telur dadar yang dihancurkan dan ketepikan masakan seketika.

4. Tumis bawang putih serta daun bawang hingga wangi dan masukkan lobak merah yang dipotong dadu ke dalam masakan.

5. Kemudian masukkan nasi ke dalam masakan dan digaul dengan cepat menggunakan api masakan yang sedikit kuat. Seterusnya, masukkan sos tiram, kicap cair, minyak bijan, telur hancur dan Udang Analog. Gaulkan masakan hingga sebati, jika kurang masin boleh tambahkan dengan sedikit kicap cair.

6. Gaulkan masakan hingga masak dan sedia untuk dihidangkan.