Pembuatan resipi yang berasal dari bumi Kenyalang ini sangat enak diadunkan bersama Bebola Udang keluaran Suria Produk Ikan semestinya memikat selera seisi keluarga. Kali ini anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk mencari Pes Laksa Sarawak, kerana resipi kali ini akan menyajikan cara penyediaan Pes Laksa Sarawak, penyediaan Kuah Laksa dan Sambal Udang Kering yang istimewa agar sajian menjadi lebih enak dan pastinya digemari keluarga. Jom ikuti cara penyediaannya.
Bahan-bahan Penyediaan Pes Laksa |
Bahan A |
1/4 cawan kacang tanah yang telah digoreng |
1/4 cawan bijan yang telah disangai |
Bahan B |
1 inci belacan bakar |
1 inci lengkuas |
4 batang serai |
5 ulas bawang putih |
8 ulas bawang merah |
3 biji buah keras |
10 biji cili kering yang siap dibuang bijinya |
Bahan C |
1 sudu kecil serbuk jintan manis |
1 sudu kecil serbuk jintan putih |
1 sudu kecil serbuk ketumbar |
Cara Penyediaan Pes Laksa |
Langkah 1 : Kisar Bahan A hingga halus dan lumat |
Langkah 2 : Kisar secara berasingan Bahan B selebihnya |
Langkah 3 : Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan Bahan B hingga pecah minyak |
Langkah 4 : Masukkan Bahan A dan gaulkan hingga sebati dalam masakan |
Langkah 5 : Masukkan Bahan C dan gaulkan hingga rata dan tumis hingga warna |
bertukar sedikit gelap dan kering masakan tersebut |
Bahan-bahan Penyediaan Kuah Laksa Sarawak Bebola Udang Suria |
250ml santan pekat |
500g udang |
500g Bebola Udang SURIA |
2 batang serai yang telah diketuk |
400g mee hoon |
2 liter air |
garam secukup rasa |
2 sudu besar gula |
Cara Penyediaan Kuah Laksa |
Langkah 1 : Didihkan 2 liter air bersama 2 batang serai yang telah diketuk dan udang |
Langkah 2 : Rebuskan udang hingga masak dan asingkan udang tersebut dari kuali masakan |
Langkah 3 : Masukkan pes laksa ke dalam lebihan air rebusan udang dalam kuali |
Langkah 4 : Gaul sehingga sebati dan masukkan Bebola Udang SURIA |
Langkah 5 : Masak hingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula |
Langkah 6 : Celurkan Mee Hoon dan masakkan sedia untuk dihidangkan |
Bahan-bahan Penyediaan Sambal Udang Kering |
1 inci belacan bakar |
5 sudu besar udang kering |
8 ulas bawang merah |
3 ulas bawang putih |
8 biji cili kering yang siap dibuang bijinya |
Garam secukup rasa |
1 sudu besar gula |
1/4 cawan air asam jawa |
Cara Penyediaan Sambal Udang Kering |
Langkah 1 : Kisar kesemua bahan hingga lumat dan halus |
Langkah 2 : Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisaran tersebut |
Langkah 3 : Tumiskan bahan tersebut hingga pecah minyak dan masukkan garam serta gula |
Langkah 4 : Kemudian akhir sekali masukkan air asam jawa dan masak hingga sambal menjadi pekat |
Langkah 5 : Masakan sedia untuk dihidangkan |
Saiz hidangan : 6-8 orang |
Masa Masakan : 30 minit |