Resipi mingguan kali ini SURIA Produk Ikan memilih untuk menyajikan hidangan yang memikat selera seisi keluarga. Masakan Paprik yang berasal dari Thailand ini sangat sinonim dengan masyarakat di Malaysia dan jangan lepaskan peluang untuk sediakan masakan ini kepada keluarga anda. Selamat mencuba.
Jom ikuti penyediaannya.
Bahan-bahan :
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih yang telah diketuk
- 1/2 biji bawang holland yang dipotong nipis
- 1 inci halia dihiris nipis
- 1 batang serai yang dititik
- 1 helai daun limau purut
- 5 biji cili api yang dititik
- 5 ketul Kek Ikan Thai keluaran SURIA
- 3-4 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecil pes tomyam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- sayur bunga kubis
- sayur capsicum hijau
- sayur kacang panjang
Cara penyediaan :
Langkah 1 : Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan bawang putih, sos cili, halia dan pes tomyam sehingga masakan naik bau.
Langkah 2 : Masukkan ke dalam masakan Kek Ikan Thai dan gaulkan sehingga rata.
Langkah 3 : Masukkan bahan selebihnya ke dalam masakan dan gaulkan sehingga rata dan kuah menjadi pekat.
Langkah 4 : Masakan sedia untuk dihidangkan.
*Untuk masakan lebih pedas boleh tambahkan cili api ke dalam masakan. Selamat mencuba.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa Masakan : 30 minit